Friday, June 17, 2011

Tips-Tips Tentang Penggunaan CD

TIPS MEMBELI CLOTH DIAPER
Kini, semakin banyak jenama Cloth diaper yang ada di pasaran baik jenama tempatan mahupun jenama luar Negara. Di sini saya kongsikan sedikit tips TERUTAMA  untuk MA&PA yang baru berjinak-jinak membeli CD untuk anak-anak. Daripada pengalaman saya sendiri hamper 2 tahun memberi 3 orang anak-anak saya memakai CD FULLTIME.

      1. SAIZ YANG SESUAI
Di pasaran lazimnya terdapat 2 saiz CD iaitu;
·         New Born-13kg. Kebanyakan CD  yang ada di pasaran menggunakan ukuran saiz ini. Sesuai untuk anak-anak baru lahir dan yang bersaiz kecil molek. Sesetengah anak-anak masih boleh menggunakan CD bersaiz kecil hingga berumur  3@4 tahun (bebas Diaper) dan nampak lebih kemas dan tidak kelihatan bulky
·         4kg-17kg. Sesuai untuk anak yang bersaiz besar. Terapat banyak juga kes saya jumpa yang mempunyai anak yang bersaiz besar dari lahir hingga berumur 2-4 tahun boleh mencapai berat sekitar 16-18kg sudah tak muat nak guna CD yang maksimum 13kg. Bagi penyelesain ini, DyanaCD menawarkan saiz L-XXL iaitu maksimum berat anak sekitar 18kg.
2.      2. CIRI-CIRI TAMBAHAN
Seiring dengan perkembangan teknologi dan inovasi, CD kini telah banyak mengalami perubahan. DyanaCD sendiri 2 tahun lepas hanyalah CD All in one CD yang basic. Antara ciri-ciri tambahan yang sudah diupgrade adalah :  pemasangan leak guard dan  range saiz dari new born hingga 18kg (dengan 2 pilihan saiz).
3.      
      3. MATERIAL BUATAN
Kebanyakan CD diperbuat dari kain. Pun begitu pemilihan jenis-jenis kandungan kain penting dari segi:
·         Keselesaan anak-anak untuk mengelak ruam, kesan bahan-bahan merbahaya/kesan sampingan. Material yang sesuai PENTING supaya bahagian dalam CD 'breathable'.
·         Memaksimakan prestasi supaya ianya setanding Disposable Diaper dari segi serapan dan ketahanan. 
4.       4. JENAMA TEMPATAN
Saya sendiri masa mula (awal 2009) survey jenama-jenama CD untuk anak-anak, kebanyakannya jenama LUAR negara. Pada saya, lebih mengutamakan jenama tempatan melainkan tiada pilihan. Pada masa itu, hanya ada 1 jenama tempatan (Lunatots) dan saya pun turut mencuba. Dari situ bercambah idea untuk memeriahkan penggunaan CD dengan mengeluarkan jenama saya sendiri DYANACD dengan menawarkan lebih pilihan corak, saiz, spec dan citarasa Ma&Pa...
5.     
           5. HARGA
Harga memain peranan penting juga terutama Ma&Pa yang baru nak berjinak-jinak menggunakan CD. Rata-rata CD luar negara berharga 60 ke atas mencecah 100 setiap set. Saya akui kualiti produk bagus. Dari situ juga saya belajar untuk seimbangkan antara Harga Jualan dan Harga Kos. Yang penting bagi saya harga yang ditawarkan adalah harga mampu dengan kualiti terbaik walaupun kos yang ditanggung sedikit tinggi. 


TIPS PENJAGAAN CLOTH DIAPER
1.      1. PENGGUNAAN PERTAMA
       Bagi memaksimumkan dan merangsang daya serapan CD, amat digalakkan membuat PRE-Wash iaitu membasuh tanpa sabun (3 kali) untuk setiap CD yang baru dibeli sebelum diguna. Selain itu ia bagus untuk memastikan CD benar-benar bersih dan bebas dari sisa-sisa kilang (jika ada).

2.       2. CARA CUCIAN
LAUNDRY BAG/CUCIAN TANGAN/Mesin BasuhSOFT MODE
Ma&Pa boleh saja mencuci CD menggunakan mesin basuh atau cucian tangan. Jika mengguna mesin basuh elok menggunakan Laundry Bag. Masukkan CD di dalam laundry bag sebelum memulakan basuhan bagi memastikan CD lebih tahan lama. Atau boleh juga memilih Soft Mode supaya basuhan mesin tidak terlalu lasak.

3.       ELAKKAN! SABUN TERLALU BANYAK, BERUS dan PELUNTUR
      Bagi memastikan material CD terutamanya ketahanan PUL (lapisan seperti plastik bahagian dalam outer) dan daya serap insert, ELAKKAN mengguna  sabun berlebihan (hanya guna 1/3 dari sukatan biasa untuk lain-lain kain) dan SAMA SEKALI TIDAK mengguna PELUNTR!

      MENJEMUR-ELOK JEMUR DI BAWAH MATAHARI
      Antara lain tujuan menjemur direct CD di bawah matahari untuk mengembalikan keputihan semula kepada bahagian dalam CD dan elok untuk membunuh bakteria.

No comments:

Post a Comment